Saturday 14 March 2015

Rakyat Palestin terpenjara akibat kezaliman Israel

Konflik ketenteraan dan kemanusiaan di wilayah Palestin terutama Gaza berlaku saban tahun meliputi tempoh hampir tujuh dekad. Malah, Gaza digelar penjara terbesar dunia. Selain itu, peperangan terbaharu sudah enam bulan berlalu di bumi Gaza, namun nasib 1.8 juta rakyat Palestin di wilayah konflik itu masih belum terbela.
Pelarian Palestin, majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan AS$1.5 (RM5.60) sehari masih menderita apatah lagi nasib 108,000 yang hilang tempat tinggal dalam serangan rejim Israel pada Ogos/Julai lalu.
Lebih mengejutkan apabila Agensi Bantuan dan Pekerjaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan jumlah warga Palestin yang bergantung dengan agensi PBB itu meningkat daripada 80,000 kepada 800,000.
Realiti memeritkan itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl, dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah di Brussels, awal bulan ini.
"Angka ini mengejutkan dan membayangkan situasi tragik yang kita semua harus hadapi," katanya merujuk situasi terkini di wilayah konflik itu.

No comments:

Post a Comment