Saturday 14 March 2015

Najib ucap tahniah Zeti terima pingat Dekan Wharton

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dianugerahkan 'Wharton Dean's Medal', baru-baru ini.
Perdana Menteri menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan yang tinggi atas sumbangan Zeti dalam menstabilkan ekonomi negara.
"Tan Sri Gabenor Bank Negara Malaysia telah dianugerahkan Pingat Dekan Wharton. Ini adalah pengiktirafan yang tinggi kepada sumbangan Tan Sri dalam penstabilan ekonomi Malaysia.
"Saya yakin asas ekonomi Malaysia akan terus kukuh dengan gandingan dasar fiskal kerajaan persekutuan dan dasar monetari Bank Negara. Tahniah," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Zeti menerima anugerah itu daripada Wharton School of the University of Pennsylvania atas pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia.
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni universiti itu yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global.

No comments:

Post a Comment