Sunday 15 February 2015

Because he was my idol in ma life




           


  • Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. 
  • Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
  •  Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik.
  •  Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. 
  • Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. 
  • Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. 
  • Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. 





Saturday 14 February 2015

Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat







Biodata Nik Aziz Nik Mat

  • Dilahir pada 10 January 1931 . 
  • Tok Guru Nik Aziz Nik mat berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan mempuyai 10 orang cahaya mata.
  • Kesemua anak-anaknya mengambil bidang agama sebagai bidang utama mereka.
  • Nik Aziz Nik mat bersekolah di SK Kedai lalat (1936), SK Pondok TOk Kenali, SK Pondok Tok Guru Haji Abbas.
  • Kemudian Tok Guru menyambung pelajaran di Universiti Deobond, India 1952, Universti Al Azhar.
  • Tok Guru Nik Aziz mahir beberapa bahasa seperti Melayu, Inggeris, Urdu, Tamil dan Arab.
  • Tok Guru sebelum terlibat dengan politik merupakan seorang guru agama di beberapa sekolah di Kelantan.
  • Tok Guru Nik Aziz mula mendaftar sebagai ahli pas pada 1967, dan bermulalah karier Allahyarham Nik Aziz dalam bidang politik.
  • Sebagai Menteri Besar Kelantan ( 1990 - 2013 ) 


Moga rohnya tenang di sana. Al fatihah . Innalilahh .